RAYA BAKAL KUNJUNG TIBA: TIPS KESELAMATAN SEBELUM PULANG BERAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

 

Raya bakal kunjung tiba. Saat pulang ke kampung sememangnya amat mengujakan. Namun sebelum pulang ke kampung ikutilah langkah-langkah berikut bagi memastikan keselamatan harta benda dan keluarga anda.

  1. Laporkan kepada pihak polis di balai polis terdekat tarikh dan tempoh ketiadaan anda sebelum meninggalkan kediaman anda. Anggota polis bertugas akan meronda dan memantau rumah anda berdasarkan tarikh tersebut;
  2. Maklumkan kepada jiran-jiran yang tidak pulang ke beraya dan mohon bantuan mereka untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan berlaku di kediaman anda;
  3. Pastikan rumah anda dikunci sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri. Pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan betul dan mangga berfungsi dengan sempurna;
  4. Pastikan semua suis elektrik dan peralatan elektrik rumah anda dimatikan sebelum meninggalkan rumah. Periksa semua peralatan elektrik agar ditutup dengan baik bagi mengelakkan berklakunya litar pintas dan kebakaran; dan
  5. Jangan umumkan ketiadaan dan lokasi anda di media sosial. Elakkan membuat hantaran di sebarang media sosial mengenai perjalanan dan ketiadaan anda di rumah. Matikan jua aplikasi yang melaporkan kedudukan anda di media sosial.

Dalam keterujaan untuk pulang ke kampung jangan sekali-kali keselamatan diri dan keluarga dilupakan. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

#MalaysiaMADANI
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
#DKNmy
#Raya2023

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …