PAWANA RAMADAN: JOM BERSEDEKAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

PAWANA RAMADAN: JOM BERSEDEKAH

Mengikut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, sedekah berasal dari perkataan Bahasa Arab yang bererti ’benar’. Sedekah dari segi Syarak merujuk kepada ‘pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.’. Islam menganjurkan umatnya bersedekah. Antara 10 manfaat bagi mereka yang bersedekah dan dalil yang berkaitan, ialah:

1) Menghapuskan dosa: Sedekah diibaratkan seperti air yang berupaya memadamkan api yang marak. Analogi ini menggambarkan manusia yang mempunyai dosa akan diampunkan melalui amalan bersedekah. Baginda s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” -Hadis Riwayat al-Tirmidzi.

2) Memperkuat keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.: Amalan bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah s.w.t. akan membawa diri dekat denganNya. Allah s.w.t. telah berfirman, yang bermaksud:

“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” – Surah Ali Imran: 134.

3) Mendapat pahala yang berlipat ganda: Setiap amalan bersedekah yang dilakukan dengan ikhlas akan diberi banyak ganjaran pahala oleh Allah s.w.t., sepertimana firmanNya yang bermaksud:

 “Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah Nya) lagi Maha Mengetahui” – Surah Al-Baqarah: 261.

4) Mendapat naungan Allah s.w.t. pada hari akhirat: Hebatnya pahala bersedekah bukan sahaja diberi kelapangan di alam kubur, malah diberi naungan Allah S.W.T. pada hari akhirat.  Baginda S.A.W. telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Muslim.

5) Mendapat kemuliaan: Harta orang yang sedekah tidak akan berkurang sungguhpun dia sentiasa melazimkan diri untuk bersedekah. Malah, Allah akan memuliakan orang yang bersedekah. Nabi s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya” – Hadis Riwayat al-Muslim.

6) Menghindarkan dari mendapat musibah: Amalan bersedekah dapat menyelamatkan diri dari ditimpa musibah. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak” – Hadis Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani.

7) Mendapat kurnia umur yang panjang: Sedekah mampu untuk memanjangkan usia seseorang dengan izin Allah s.w.t. yang menganugerahkan mereka kesihatan yang. Sabda Rasulullah s.a.w., yang bermaksud:

“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri” – Hadis Riwayat al-Thabrani.

8) Memanjangkan amalan pahala sehingga meninggal dunia: Sedekah merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga pemberinya meninggal dunia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya” – Hadis Riwayat al-Muslim.

9) Mendapat doa malaikat: Abu Huraira r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata: “Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalanMu” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya) dari sedekah” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Muslim.

10)  Menjauhkan diri dari api neraka: Sedekah itu walaupun sedikit, tetapi mampu menjauhkan dari api neraka. Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma” – Hadis Riwayat Ahmad.

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut