JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI DENGAN MENJAUHI ROKOK ELEKTRONIK

Vape atau rokok elektronik boleh membahayakan kesihatan. Ini kerana vape mempunyai nikotin yang cukup untuk merosakkan paru-paru. Berikut adalah kesan-kesan bahaya akibat penggunaan vape:

  • Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan.
  • Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel        paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi.

Pesanan daripada pihak KKM untuk orang ramai khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi agar tidak menghisap rokok elektrik atau vape. Bagi menyokong usaha KKM untuk hentikan penggunaan produk rokok, perlaksanaan Generational Endgame (GEG) telah dikeluarkan pada tahun 2022. GEG dikeluarkan bagi melindungi generasi muda Malaysia daripada menjadi mangsa ketagihan produk merokok termasuk rokok elektrik.

Bersama kita jaga kesihatan dan hentikan ketagihan merokok dalam kalangan generasi belia kita.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …