AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (MARITIM MALAYSIA) ZON MARITIM LABUAN MENAHAN SEBUAH BOT TUNDA

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot tunda awal pagi tadi, dikesan tidak melaporkan pertukaran nakhoda.
Timbalan Pengarah Operasinya Komander Maritim Mohd Hafiz Abd Mutalib berkata, penahanan dibuat menerusi rondaan Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op Tiris pada kedudukan 0.4 batu nautika selatan Pulau Papan.
Pemeriksaan mendapati, bot tunda dikendali seorang pemandu dan seorang Chief Officer warganegara Indonesia, tidak melaporkan pertukaran nakhoda di buku Certificate of Malaysia Registry.
Bot berserta kru ditahan bersama dokumen dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO).
SUMBER :FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …