PAWANA RAMADAN: ADAB BERPUASA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat) 

PAWANA RAMADAN: ADAB BERPUASA

Ramadan merupakan bulan mulia dan penuh keberkatan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Tatkala Ramadan menjengah, umat Islam bersedia untuk menjalankan ibadah berpuasa. Puasa bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam. Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak dalam bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Justeru itu, bulan Ramadan membuka peluang kepada umat Islam untuk memburu ganjaran dan pahala yang berlipat ganda yang pasti tiada dalam bulan-bulan yang lain. 

Dalam kesibukan memburu ganjaran dan pahala di bulan mulia ini, kita harus menjaga adab berpuasa. Janganlah puasa kita hanya menghasilkan lapar dan dahaga. 

  • Berbuka di awal waktu

Adab berpuasa dalam Islam yang pertama adalah menyegerakan berbuka. Dianjurkan bagi umat Islam untuk segera berbuka dan tidak menunda-nunda berbuka puasa. Perbuatan ini adalah seiring dengan sabda Rasullah SAW.

“Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepat bebuka puasa”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tambahan pula, perbuatan melambatkan berbuka puasa akan mengganggu system pencernaan dan membawa mudarat kepada keadaan kesihatan kita. Sekiranya keadaan kesihatan terganggu, secara tidak langsung ibadah puasa di bulan Ramadan turut terganggu. 

  • Bersahur 

Bersahur membantu menguatkan orang yang berpuasa malah bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Rasullah S.A.W. bersabda:

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Berbuka dengan kurma

Kurma amat sinonim pada bulan Ramadan dan merupakan pilihan pemanis mulut ketika berbuka puasa. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), amalan berbuka dengan kurma mempunyai kebaikan dari segi kesihatan malah boleh dijadikan amalan harian. Air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez juga baik untuk kesihatan dan boleh dijadikan amalan harian. Malah perbuatan berbuka dengan kurma juga merupakan amalan sunat berdasarkan Panduan Amalan di Bulan Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Berdoa ketika berbuka 

Amalan berdoa ketika berbuka juga merupakan satu sunat. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka ialah:

  • Banyakkan bersedekah

Menurut pejabat Mufti Kedah, salah satu pintu yang dibuka oleh Allah SWT ketika Ramadan untuk meraih ganjaran pahala besar adalah melalui bersedekah.  Islam sering menggalakkan umatnya untuk membanyakkan amalan bersedekah dan amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi dalam bulan Ramadan.

  • Menjauhi sifat mazmumah

Amalan menjauhi sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, cintakan dunia, penakut dan malas  dapat membuka peluang untuk kita membersihkan hati agar sentiasa tenang dan gembira. Hati yang bersih sahaja akan menerima hidayah daripada Allah SWT terutamanya dalam bulan Ramadan.

  • Iktikaf

Iktikaf merupakan rangkaian yang dianjurkan oleh Rasullah S.A.W pada bulan Ramadan. Malah iktikaf khususnya pada 10 hari terakhir Ramadan adalah ibadat yang disyariatkan Rasulullah SAW. Iktikaf bermakna berdiam atau tinggal di masjid dengan adab tertentu, pada masa tertentu dengan niat ibadat serta bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 

Jelaslah bahawa bulan Ramadan merupakan satu bulan yang istimewa. Setiap detik dalam bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi Allah SWT. Ambillah peluang apabila tibanya Ramadan kerana mungkin kita tidak akan menemuinya pada masa hadapan. 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut