JKM MELAKA PANTAU AKTIVITI MENGEMIS, MINTA SEDEKAH DI PASAR RAMADAN

PERINGGIT – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menggerakkan pasukan dari Unit Perundangan dan Advokasi (PU) bagi memantau tindakan segelintir individu yang meminta sedekah di tempat awam khususnya di pasar Ramadan.

Ia susulan, video pendek yang tular menunjukkan seorang wanita asing meminta sedekah di Pasar Ramadan Peringgit yang mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Pengarah JKM Melaka Burhanuddin Bachik berkata, pihaknya akan menggerakkan pasukan PU ke lokasi aduan untuk menyiasat dan mengambil tindakan dibawah bidang kuasa JKM.

“Daripada video yang tular kita dapati wanita itu adalah warga asing, mungkin Rohingya atau pemegang kad Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

“Untuk itu ia bukan bawah bidang kuasa JKM namun begitu pasukan PU akan digerakkan ke lokasi untuk membuat rondaan.

“Sekiranya masih ada, tindakan yang boleh diambil adalah meminta dia beredar dari lokasi dan memberi amaran supaya tidak melakukan aktiviti pengemisan atau meminta sedekah lagi,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga akan berhubung dengan Jabatan Imigresen supaya tindakan lanjut boleh diambil agensi itu.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …