MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN SERENDAH RM4.50 – KPDN MELAKA

AYER KEROH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus Menu Rahmah dijual di bazar Ramadan di negeri ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata setakat ini hanya terdapat tiga bazar Ramadan menjual menu berkenaan iaitu di Lendu, Masjid Tanah, Merlimau dan Taman Cempaka Peringgit.

“Kita dah bercakap dengan semua penganjur bazar Ramadan, sekurang-kurangnya ada lah satu Menu Rahmah di setiap bazar, tak banyak (namun) tidak mengapa kerana jualan Menu Rahmah ini bersifat sukarela.

“Sebab itu sasaran kita 30 peratus Menu Rahmah yang dijual, sekarang pun kita sedang buat semakan siapa peniaga yang menjual menu ini sebab ada antara mereka tidak maklumkan kepada KPDN.

“Masa kita ‘walkabout’ di bazar Ramadan ada yang menawarkan Menu Rahmah seperti nasi ayam, nasi ayam goreng berempah dengan harga serendah RM4.50 dan RM5,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Dalam pada itu Norena menggalakkan agar kesemua peniaga bazar Ramadan di negeri yang ingin menjual menu Rahmah memaklumkan kepada KPDN. 

“Ada sesetengah peniaga ini tidak maklumkan kita mereka jual menu Rahmah, jadi kita tidak dapat bantu menguar-uarkan kepada orang ramai gerai mereka.

“Mereka nak buat ikut mereka sahaja, ada yang niaga bukan sepanjang bulan Ramadan kerana menu ini atas sukarela peniaga itu sendiri,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI PENGUATKUASAAN KESALAHAN TRAFIK DALAM OP REMPIT OLEH BPJKK DAN BSPT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang) Satu operasi rempit yang melibatkan pelajar …
Maklumat Lanjut

KPDN PULAU PINANG TERUSKAN PENGUATKUASAAN BERKALA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang) Pemeriksaan Ops ATM, Ops Pantau 2023, …
Maklumat Lanjut

JPJ PULAU PINANG: PENGUATKUASAAN MELETAK KENDERAAN DI TEMPAT TIDAK DIBENARKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau …
Maklumat Lanjut