JOM AMALKAN LANGKAH MENGHILANGKAN STRESS BAGI SURI RUMAH KETIKA RAMADAN.

Adakah anda pernah rasa yang anda tidak berdaya untuk melakukan apa-apa tentang stres yang anda hadapi terutamanay ketika Ramadan? Banyak cara atasi stres yang orang lain cadangkan tapi tak berkesan?
Seni menguruskan stres semuanya terletak pada penguasaan anda terhadap pemikiran, gaya hidup, emosi dan cara menyelesaikan masalah. Hasilnya, terdapat banyak cara hilangkan stres dan mengawal semula kehidupan anda tidak kira sesusah mana kehidupan yang anda alami.

Tekanan berlaku apabila anda merasakan bahawa keinginan anda mengatasi kemampuan diri. Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja.

Namun, tekanan yang melampau boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang. Dan boleh juga menyebabkan anda bertindak diluar kawalan yang boleh menggugat keselamatan orang sekeliling.

Berikut adalah lima cara atasi stres secara sihat, yang telah dibuktikan oleh kajian psikologi bahawa ia mampu mengurangkan tekanan sama ada jangka masa pendek atau panjang.

5 cara atasi stres
#1. Elakkan diri dari punca stres

Apabila anda mengelakkan diri dari punca stres tersebut, anda akan mempunyai masa untuk melakukan perkara lain. Ini akan membantu anda untuk memperoleh kemahiran baru atau untuk mengurangkan rasa lemas dengan masalah yang ada.
Meluangkan masa untuk diri sendiri selama 20 minit sudah cukup membantu.

#2. Bersenam

Kita selalu mendengar manfaat yang diperolehi daripada rutin senaman berkala. Cukup sekadar 30 minit berjalan, berlari, melakukan yoga di semasa dalam tempoh stres boleh memberi kesan segera yang berkekalan sehingga beberapa jam.

#3. Cara atasi stres: senyum dan gelak

Sistem saraf kita berhubung antara emosi dan ekspresi muka.
Oleh itu, sewaktu dalam keadaan stres, kita akan mempamerkan muka stres. Senyum dan gelak boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan dan masalah yang dihadapi.Carilah aktiviti atau teman yang mampu memberikan aura kegembiraan buat anda.

#4. Dapatkan sokongan sosial

Hubungi rakan anda, ahli keluarga ataupun carilah pakar psikologi. Berkongsi perkara yang membuatkan anda tertekan bersama dengan orang lain membantu melegakan tekanan anda.Jika anda berasa tidak selesa untuk orang sekeliling tahu akan masalah yang anda hadapi, anda boleh berjumpa dengan pakar psikologi ataupun menghubungi talian percuma yang dikendalikan oleh sukarelawan.Namun, sangat penting bagi anda untuk memilih rakan yang dipercayai bagi meluahkan masalah anda.

#5. Bertafakur

Bertafakur boleh membantu mengatasi stres dengan menenangkan minda dan tubuh anda supaya tetap fokus. Ia juga membantu untuk mencipta satu ruang di antara pemikiran dan reaksi supaya anda tidak terus-menerus melakukan perkara yang tidak berfaedah. Apabila bertafakur, manusia boleh melegakan perasaan yang menyebabkan tubuh fizikalnya tertekan. Seperti senaman, kajian telah menunjukkan bahawa bertafakur sebentar boleh memberikan kelegaan segera kepada diri.

Perkara yang membuatkan seseorang stres mungkin tidak memberikan tekanan yang sama pada orang lain. Dengan menemui cara hilangkan stres yang positif dan sihat, banyak kesan-kesan buruk pada kesihatan dapat dielakkan.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut