OP KESELAMATAN MAKANAN: PENGUATKUASA JKNT MEMANTAU 61 LOKASI BAZAR RAMADAN

Bermula Ramadan 2023 ini, seramai 106 pasukan dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) yang terdiri daripada 366 anggota penguatkuasa telah digerakkan bagi pemantauan dan penguatkuasaan di semua bazar Ramadan sepanjang Ramadan sekitar Terengganu. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dato Dr Kasemani Embong berkata kesemuanya akan memantau 7,914 pengendali makanan di 3,941 petak niaga di 61 lokasi di lapan daerah yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sebelum ini, hasil pemeriksaan 53 tapak bazar Ramadan di seluruh negeri sejak Khamis, tujuh kompaun telah dikeluarkan. Kompaun bernilai RM1,100 itu dikeluarkan di Dungun membabitkan menggaji pengendali makanan tiada latihan dan suntikan anti tifoid.

Pihak JKNT juga akan menjalankan pemeriksaan di pasaraya, kedai runcit dan lain-lain pembekal bahan mentah bagi memastikan bahan mentah yang dibekalkan adalah bersih serta selamat sebelum sampai ke tangan pengguna. JKNT turut mewujudkan dua jenis kod imbasan QR bagi tujuan hebahan informasi keselamatan makanan serta bagi mengumpul maklum balas tentang tahap kebersihan premis makanan sepanjang bulan Ramadan.

Dr Kasemani turut menyeru pengguna agar sentiasa amalkan konsep lihat, hidu dan rasa supaya risiko keracunan makanan dapat dielak termasuk memilih gerai yang bersih dan pengendali makanan yang beretika.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …