PEMANTAPAN JATI DIRI DAN KEPIMPINAN BELIA NEGERI MELAKA

MELAKA – Seramai 60 orang pelajar kolaborasi MARA Negeri Melaka terdiri daripada UniKL MICET, KPM Bandar Melaka, KPM Ayer Molek, KKTM Masjid Tanah, IKM Jasin  telah turut serta dalam program yang dianjurkan Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka bersama Rejimen Ke-514 Askar Wataniah pada Sabtu lepas di Kem Survival Sungai Putat.

Program berbentuk Community Based Security Management (CBSM) bersama golongan belia dan fokus terhadap peningkatan kemahiran, kepimpinan, motivasi serta perkembangan potensi diri para peserta selain menerapkan minda keselamatan kepada belia dan kesedaran keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

Selain itu penerangan Dasar Keselamatan Negara (DKN 2021-2025) telah disampaikan oleh Mejar Mokhzaini Mokhtar Rudin (Penolong Pengarah Tentera), Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka diberikan kepada para peserta agar kumpulan sasar ini lebih memahami peranan dan hubung kait belia dengan Dasar Keselamatan Negara selaras dengan konsep Dasar Keselamatan Negara iaitu Keselamatan Menyeluruh dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama.

Dalam program tersebut para peserta disajikan dengan aktiviti ‘Survival’ atau kelangsungan ikhtiar hidup di dalam hutan, ‘Team Building’ seperti merempuh lapangan, membina jati diri bersama kumpulan sasar bagi membolehkan mereka memperkukuh keyakinan mental dan fizikal serta berani berhadapan dengan cabaran dan rintangan pada masa hadapan.

Turut hadir dalam program tersebut Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam Bin Johan bersama Timbalan Komander Rejimen Ke-514 Askar Wataniah, Lt.Kol.Mohamad Nasaruden Bin Md Hassan  dan Pengarah MARA Negeri Melaka, Encik Nurul Azmi Bin Johari.

MKN Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …