PROGRAM “JOM KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT” 2023

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu telah mengadakan Program “Jom Kembali Ke Sekolah Dengan Selamat” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin pada21 Mac 2023 yang melibatkan seramai 600 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar berkaitan aspek-aspek keselamatan semasa di sekolah, dengan harapan suasana sekolah yang selamat dapat diterapkan. Program ini telah diisi dengan tiga slot iaitu slot pertama ialah “Sesi bersama MKN Terengganu” iaitu penerangan berkaitan Keselamatan Negara disampaikan oleh Penolong Pengarah Keselamatan Negeri Terengganu, Puan Seri Edayu Huzaizie binti Hussin.

 

Manakala slot kedua telah disampaikan oleh ASP Nurul Sahidah binti Mohd dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu bertajuk “Katakan Tidak Pada Buli” dan slot ketiga telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Khairi bin Ismail dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Terengganu bertajuk “Keselamatan Di Jalan Raya”.

 

Program ini diakhiri dengan pemberian cenderamata oleh Pengarah Keselamatan Negeri Terengganu, Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad kepada pihak-pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga pelajar-pelajar mendapat pendedahan dan kesedaran keselamatan yang boleh diamalkan dalam kehidupan mereka.

Video penuh program boleh dilihat melalui pautan dibawah.

@mknterengganurasmi

Program Jom Kembali Ke Sekolah @SMK Padang Midin anjuran MKN Terengganu #KeselamatanTanggungjawabBersama #sekolahselamat #padangmidin

♬ original sound – MKN_Terengganu – MKN_Terengganu

   

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …