MARITIM RAMPAS 16 BUBU NAGA DI PULAU PERJUDI

SEREMBAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Melaka dan Negeri Sembilan merampas 16 unit bubu naga di perairan Pulau Perjudi, Port Dickson, pada Isnin.

Menurut Pengarahnya, Kepten Maritim Iskandar Ishak, aset Maritim telah menemui dan merampas 16 unit bubu naga, dua pemberat dan sauh di kedudukan 0.1 batu nautika barat daya Pulau Perjudi.

Ini merupakan rampasan keempat bagi tahun ini, lebih kurang 270 unit bubu naga telah dirampas dan dimusnahkan oleh Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi tahun 2022 dan 2023.

Penggunaan bubu naga telah diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Perikanan sejak November 2018 kerana boleh menjejaskan pertumbuhan hasil laut dan memusnahkan benih serta ikan kecil yang akan terperangkap dalam bubu naga ini.

Orang ramai dan komuniti maritim yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku dan kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi tindakan segera.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …