MKN KEDAH MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI TMBCO
Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria hari ini menerima kunjungan hormat delegasi daripada Thailand-Malaysia Border Coordination Office (TMBCO) di pejabat MKN Kedah.
Pertemuan yang diadakan ini memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua negara membangkitkan isu dan permasalahan yang timbul terutamanya yang melibatkan jenayah rentas sempadan khususnya berkait permintaan ketum dan cannabis yang masih tinggi di kawasan sempadan.
Delegasi yang diketuai oleh Senior Col. Okan Punyasaran, Timbalan Pengarah TMBCO telah meluangkan masa hampir satu jam di pejabat MKN Kedah dalam sesi lawatan kerja beliau ke negeri ini. Terdahulu, delegasi ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dalam siri lawatan ini, delegasi dari Thailand ini turut melawat Batalion Kelima Rejimen Sempadan yang bertempat di Bukit Kayu Hitam.
Pertemuan ini diharap akan terus mengeratkan hubungan di antara kedua pihak dan seterusnya dijangka memberi manfaat besar dalam pengurusan keselamatan di sempadan kedua negara.
Delegasi dari Pejabat Thailand-Malaysia Border Coordination Office (TMBCO)
Pengarah Keselamatan Negeri Kedah menerima kunjungan hormat dan seterusnya membincangkan isu dan permasalahan di sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand
Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, … Maklumat Lanjut
‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan … Maklumat Lanjut
“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam … Maklumat Lanjut