JALINAN SINERGI APMM DAN MKN KEDAH

Satu pertandingan menembak tertutup telah dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah yang bertempat di Lapang Sasar Bukit Pinang, dekat sini.

MKN Kedah turut diundang untuk menyertai kejohanan tersebut yang secara langsung memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata dalam situasi sebenar kepada para peserta yang hadir.

Seramai 50 pegawai daripada APMM Zon Kuala Kedah dan MKN Kedah terlibat dalam latihan yang menggunakan pistol jenis Glock 14. Antara acara yang dipertandingkan adalah menembak sasaran dan menembak piring dijarak 10 meter. Pengarah Keselamatan Negeri Kedah dan Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah masing-masing menjuarai kategori kumpulan menembak jarak 10 meter.

Semoga sinergi yang terjalin ini akan dapat memanfaatkan kedua-dua agensi dan mengukuhkan lagi kerjasama dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan maritim Malaysia
APMM
Pegawai APMM Zon Kuala Kedah memberi taklimat pengendalian senjata kepada peserta

 

APMM
Percubaan menembak sasaran oleh pegawai MKN Kedah

.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …