LELAKI DIREMAN DISYAKI KEMUKA SLIP GAJI PALSU – SPRM

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki kerana disyaki mengemukakan penyata pendapatan palsu kepada sebuah pejabat kebajikan di daerah ini.

Lelaki berusia 39 tahun itu di tahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengah hari Isnin dan direman selama lima hari bermula Selasa.

Menurut sumber, dia terbabit disyaki bertindak sedemikian bagi mendapatkan bantuan elaun pekerja cacat (EPC) atau Elaun Pekerja Kurang Upaya (EPOKU) sedangkan gaji sebenarnya melebihi daripada syarat kelayakan yang ditetapkan.

Suspek yang kini tidak bekerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada sekitar tahun 2013 hingga 2022 bagi mendapatkan bantuan EPC/EPOKU sebanyak RM300 hingga RM450 sebulan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …