Larangan Berpolitik Dalam Masjid dan Surau di Seluruh Negeri Johor.

Kerajaan Negeri Johor memandang serius sebarang percubaan untuk memecahkan keharmonian Bangsa Johor.
Menjunjung titah ke bawah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, yang juga merupakan Ketua Agama Islam di negeri ini, serta titah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berkaitan larangan berpolitik dalam masjid dan surau di seluruh negeri Johor.
YAB Menteri Besar Johor ketika mempengerusikan sesi Taklimat Perundangan dan Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor, anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar telah mengesyorkan kepada pihak Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan pihak Pejabat Mutfi Negeri Johor supaya disediakan garis panduan terperinci berkaitan larangan berpolitik ini dan disebarkan kepada seluruh Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Johor untuk diteliti dan dipatuhi.
Perbezaan dalam sokongan terhadap politik kepartian tidak boleh dijadikan sebab berlaku pecah belah di kalangan rakyat. Apa jua perbezaan pegangan politik kepartian, ia seharusnya menjadi elemen yang menyuburkan proses demokrasi di Malaysia. Dan bukan menjadi perkara yang menimbulkan kebencian, perbalahan dan pertelingkahan yang menjurus kepada ketidakstabilan
sosiopolitik di dalam Persekutuan Malaysia.
Segenap lapisan masyarakat dan seluruh jentera Kerajaan mempunyai tanggung jawab bersama yang besar dalam memelihara keselamatan negara.
May be an image of 9 people, people standing and indoor
May be an image of 2 people, people standing and people sitting
May be an image of 9 people, people sitting, people standing and suit
May be an image of 11 people, people sitting and people standing
May be an image of 7 people and indoor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …