Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Tangki Simpanan Bitumen Fasa 3, di Tanjung Bin, Serkat, Pontian, bersama-sama Duta Kerajaan Belanda ke Malaysia, TYT Encik Jacques Werner.

YAB MBJ telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Tangki Simpanan Bitumen Fasa 3, di Tanjung Bin, Serkat, Pontian, bersama-sama Duta Kerajaan Belanda ke Malaysia, TYT Encik Jacques Werner.
ATT Tanjung Bin Sdn Bhd (ATB) telah melabur lebih RM3 bilion di Johor bagi pembangunan fasiliti mereka sejak 2012, dan kini telah memperuntukkan tambahan RM260 juta untuk projek pembinaan tangki simpanan bitumen ini.
Ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa buat Negeri Johor dan Malaysia apabila syarikat multinasional seperti ATB terus memilih untuk bertapak di Johor sebagai pangkalan hab mereka.
ATB, dan rakan strategiknya Vitol Tank Terminals International B.V (VTTI) mengendalikan produk petroleum untuk pasaran dalam dan luar negara, terutamanya Malaysia, Singapura, Indonesia, China, Vietnam, Australia dan beberapa negara lain di rantau Asia Pasifik.
Syarikat ATB-VTTI juga sedang merancang untuk mengembangkan lagi sektor petroleum kepada tenaga boleh diperbaharui, serta gas asli cecair. Langkah ini dilihat dapat mengukuhkan kedudukan Johor sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas.
Bagi memastikan pembangunan mampan, ATB-VTTI juga telah melabur dalam program kelestarian seperti pemasangan kapasiti solar 2 Megawatt dan beberapa inisiatif alam sekitar seperti menanam lebih daripada 10,000 pokok bakau di sepanjang tebing Sungai Pulai.
Semoga dengan kerjasama seperti ini, ia dapat merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelaburan di Johor, seterusnya menggapai agenda menjadikan Johor negeri maju menjelang tahun 2030.
Dengan pelaksanaan inisiatif sebegini, Kerajaan Negeri Johor dan Negara Malaysia telah memelihara, mengekal dan memperkukuhkan tiga teras keselamatan negara iaitu Keutuhan Ekonomi, Pembangunan Mampan dan Pengiktirafan Antarabangsa.
Semoga Negeri Johor dan Negara Malaysia akan terus kekal berdaulat, aman dan sejahtera.
May be an image of 1 person and standing
May be an image of outdoors
May be an image of 9 people and people standing
May be an image of 4 people, people sitting and people standing

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …