OKU LEMAS DI SUNGAI MELAKA

KOTA LAKSAMANA – Pemandu sebuah bot pelancong berdepan detik cemas apabila menjumpai mayat lelaki terapung di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 11.25 pagi sebelum sepasukan polis ke lokasi kejadian. Beliau berkata, mayat lelaki terbabit ditemukan dalam keadaan terapung dan mukanya terlangkup di permukaan air selain dihanyutkan air. “Ketika ditemui mayat lelaki berusia 38 tahun itu masih lengkap berbaju dan berseluar selain masih berselipar. Malah pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati juga tidak menemui kesan perbuatan jenayah selain keadaan badannya menunjukkan dia baru meninggal,” katanya.

Menurutnya, hasil soal tanya kepada saksi yang juga pekerja pembersihan memaklumkan, dia ada melihat si mati sedang berjalan berseorangan di kaki lima Sungai Morten, kira-kira jam 11 pagi. “Bagaimanapun kira-kira 25 minit kemudian, pemandu bot Melaka River Cruise menjumpai mayat terapung. Malah maklumat daripada ayahnya memaklumkan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) baru sehari keluar dari Hospital Melaka selepas menerima rawatan sakit mental.

“Bapanya turut memaklumkan lokasi mayat anaknya ditemui hanya kira-kira 100 meter dari lokasi restoran miliknya selain pagi sebelum kejadian si mati berada di premis,” katanya.

Ujarnya, mayat lelaki terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat .

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut