RAMPASAN DADAH DISYAKI HEROIN ANGGARAN BERAT 16.23 GRAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Jenayah Berkaitan Dadah)

Tangkapan (3) lelaki warga tempatan berusia 26 hingga 64 tahun oleh Polis Barat Daya semasa menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah dan Op Tapis kerana memiliki bahan disyaki dadah telah berjaya dilaksanakan pada 1 Februari 2023.
Satu tangkapan dilakukan di sekitar Balik Pulau dengan rampasan dadah disyaki heroin anggaran berat 16.23 gram. Manakala dua lagi tangkapan di sekitar Bayan Baru dengan rampasan dadah disyaki syabu anggaran berat 0.25 gram.
Ujian saringan air kencing keatas kesemua suspek dapati positif dadah. Kes disiasat di bawah 39B, Sek 12(3) dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.
Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian (04-8664122), 0192238169 ( whatsapp) atau facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …