PEMBANGUNAN MAMPAN: Management by Walking Around (MBWA)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 7: Pembangunan Mampan (Pembangunan Kapasiti & Kompetensi Nasional)

Telah berlangsung lawatan tapak siri ketiga (Management by Walking Around – MBWA) oleh YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai bersama YBrs. Encik Ahmad Zabri bin Mohamed Sarajudin, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBSP di sekitar Stesen Pemindahan Ampang Jajar (SPAJ), Jejantas Jalan Baharu, Taman Pauh, Taman Pauh Damai dan Pasar Awam Bukit Mertajam pada 1 Februari 2023 (Rabu).
Lawatan di Stesen Pemindahan Ampang Jajar diadakan dengan diberi taklimat berkaitan pembangunan projek Integrated Solid Waste Management Centre yang berada di Fasa Pembangunan sehingga tahun 2025 serta lawatan pengoperasian di SPAJ dan TPAJ bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik serta lancar.
YBhg. Datuk Bandar turut memantau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Wira Oren MBSP di jejantas utama Jalan Baharu, Perai. Pemantauan yang diadakan bagi memastikan pembersihan yang dibuat di jejantas menghubungkan Masjid Jamek al-Hidayah Jalan Baharu dan Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh pelajar sekolah dan penduduk sekitar.
Lawatan seterusnya turut dijalankan di sekitar Taman Pauh, Taman Pauh Jaya, Taman Pauh Damai serta laluan utama sekitar Bandar Perda bagi memastikan saliran longkang dalam keadaan baik dan kebersihan persekitaran diutamakan untuk keselesaan penduduk.
YBhg. Datuk Bandar turut berkesempatan untuk memantau Pasar Awam Bukit Mertajam bagi melihat cadangan – cadangan pembangunan pasar ini pada masa hadapan untuk keselesaan dan kemudahan kepada peniaga serta pelanggan kelak. Turut berkesempatan untuk beramah mesra bersama wira-wira Oren MBSP yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam ini.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …