GENG CURI KABEL TM TUMPAS

George Town, 16 Januari 2023 – Seramai 19 individu telah ditahan oleh pihak PDRM berikutan kes curi kabel TM yang berlaku di beberapa kawasan di Negeri Pulau Pinang dan Kedah. Hasil tahanan tersebut adalah rentetan daripada tangkapan sepasukan polis daripada IPD Timur Laut ke atas 11 lelaki warga tempatan yang disyaki sedang melakukan kegiatan cuti kabel di kawasan lampu isyarat Jalan Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Modus operandi mereka untuk mengaburi daripada dihidu oleh pihak berkuasa adalah dengan menyamar sebagai pekerja yang sedang menyelenggara kabel TM bawah tanah melalui “Main Hole”. Disamping itu, salah seorang yang ditahan adalah sub-kontraktor yang telah diantik secara rasmi oleh Telekom Malaysia (TM).

Kes tersebut disiasat mengkut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: Facebook PDRM Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …