JHEAT MENASIHATKAN RAKYAT TERENGGANU TIDAK BERKAHWIN DENGAN PELARIAN ROHINGYA


KUALA TERENGGANU, 16 Januari 2023


 

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan rakyat Terengganu dinasihatkan agar tidak berkahwin dengan pelarian Rohingya kerana kesan dan akibat negatif yang akan diterima.  Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga JHEAT, Moktar Salleh berkata, di Terengganu terdapat lebih kurang 6,000 orang pelarian Rohingya yang menetap di negeri ini. Pelarian Rohingya ini merupakan mereka yang tidak mempunyai warganegara namun kerajaan Malaysia memberikan perlindungan sementara kepadanya.

Pihak JHEAT juga sentiasa memberikan khidmat nasihat terhadap mana-mana permohonan kahwin rakyat Terengganu dengan pelarian Rohingya supaya mengubah keputusan untuk berkahwin itu atas dasar risiko yang akan ditanggung selepas perkahwinan nanti.

              Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga JHEAT, Moktar Salleh

 

Antara kesulitan atau risiko yang bakal dihadapi oleh pasangan yang berkahwin ini adalah:

1. Perkahwinan tidak akan didaftarkan kerana pasangannya tidak mempunyai kewarganegaraan.

2. Surat nikah juga tidak boleh dikeluarkan.

3. Jika ditangkap berdua-duaan, maka penguatkuasaan syariah boleh mengangkat kes mereka kepada pendakwaan syariah untuk dijawab di Mahkamah kerana mereka gagal mengemukakan bukti yang mereka telah berkahwin

4. Anak bersama pasangan Rohingya juga terpaksa dibinkan dengan Abdullah atau mana-mana Asmaul Husna.

5. Dari segi tuntutan nafkah juga tidak boleh dituntut oleh isteri

6. Seandainya pelarian Rohingya ditempatkan di mana-mana negara, maka mereka akan dikeluarkan bersama keluarga (anak dan isteri).

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal berkahwin dengan pelarian Rohingya boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling di pejabat JHEAT atau di pejabat agama daerah yang berdekatan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …