OPERASI PEMANTAUAN DAN KAWAL SELIA PERKHIDMATAN KONSESI SWCorp NEGERI SEMBILAN

16 Januari 223 – Pejabat Cawangan SWCorp Nilai telah melaksanakan pengedaran Notis Pemberitahuan kepada pemilik tong sampah premis kedai Jalan Utama Pekan Broga bersama pihak SWM Nilai.

Hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa pemilik tong sampah tidak meletakkan tong di hadapan premis mereka. Pemilik tong sampah telah membiarkan sampah terkumpul dengan beberapa tong sampah yang lain. Kesan dari tindakan segelintir pemilik tong premis membiarkan tong mereka tanpa dijaga dengan baik secara tidak langsung akan menggalakkan pembuangan sampah yang tidak teratur dan akan memudahkan pihak lain merosakkan tong serta  mencacatkan pemandangan sekitar kawasan. Satu edaran Notis Pemberitahuan telah dibuat bagi menyarankan pemilik tong sampah supaya meletakkan tong mereka dihadapan premis masing-masing.

ELAKKAN MEMBUANG SAMPAH SECARA HARAM DEMI KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR.

Sumber: SWCorp Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …