PENDIDIKAN : 103 PELAJAR TERENGGANU MENERIMA TAJAAN DARI PETRONAS


KUALA TERENGGANU, 11 OKTOBER 2022


 

Seramai 103 pelajar Negeri Terengganu yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 lalu telah menerima penajaan pendidikan PETRONAS melalui Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2022.  Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli berkata, mereka adalah sebahagian 600 pelajar terpilih daripada 9,000 calon seluruh negara yang memohon penajaan tersebut pada tahun ini.

Melalui penajaan pelajar ini, ia membuktikan bahawa Petronas kekal komited untuk terus menyumbang kepada pembinaan negara dan pembangunan bakat tenaga kerja kami melalui pelbagai program dan inisiatif selama lebih empat dekad. Petronas percaya bahawa pendidikan berkualiti akan memperkasakan komuniti, seterusnya menyokong pembangunan sosio-ekonomi negara ke arah masa depan yang mampan.

Sejak tahun 1975, lebih 37,000 pelajar cemerlang Malaysia, termasuk 1,720 yang sedang mengikuti program PESP mendapat manfaat daripada tajaan bernilai lebih RM3.5 bilion. PESP 2022 menyaksikan jumlah tajaan tahunan tertinggi oleh PETRONAS dengan nilai pelaburan melebihi RM340 juta dalam pengajian asasi sehingga ijazah sarjana muda pertama dalam bidang kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum, kejuruteraan mekanikal, geosains, ekonomi, undang-undang serta kursus lain berkaitan industri.

Keseluruhan pelajar ini akan ditempatkan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan universiti-universiti tempatan dan luar negara seperti di Australia, China, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat

#KeadilanSosial #AksesPendidikanKepadaSemua

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …