MKN KEDAH ANJUR KENDURI RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah, pada Jumaat yang lalu MKN Kedah bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Tanjung, Mukim Jeram, Daerah Kubang Pasu telah mengadakan satu Program Kenduri Rakyat: Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti. Program yang dilaksanakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan “Pemangkin Keluarga Malaysia” turut melibatkan ahli kariah dan penduduk sekitar masjid tersebut.

Program tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara yang turut meluangkan masa bersama-sama penduduk semasa persiapan kenduri serta menyampaikan ceramah ringkas mengenai “Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti” kepada penduduk yang hadir.

Selain itu, program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, En. Mohd Zawawi Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Perlis, En. Arif Helmy Junid, Ketua Penolong Pengarah Daerah Kubang Pasu yang mewakili Pegawai Daerah Kubang Pasu, En. Zaidy, dan Penghulu Mukim Jeram, En. Affandy.

MKN Kedah ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ibrahim selaku Imam Masjid, Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid serta seluruh ahli kariah Masjid Kampung Tanjung, Mukim Jeram di atas kerjasama dan jalinan ukhuwah sepanjang program ini dilaksanakan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …