INFRASTRUKTUR STRATEGIK : RANGKAIAN KOMUNIKASI DI TASIK KENYIR BAKAL ‘LAJU’


HULU TERENGGANU, 11 OKTOBER 2022


 

Dua menara telekomunikasi baharu akan dibina di kawasan pelancongan Tasik Kenyir bagi menyelesaikan masalah capaian telekomunikasi yang sentiasa berlaku. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Ulitili dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, ia dijangka akan selesai pada tahun 2023untuk memberi keselesaan kepada pelancong yang bercuti di tasik itu.

Sehingga kini hanya terdapat tiga menara telekomunikasi di tasik tersebut iaitu di Pulau Camar, Tanjung Betung dan Pulau Bayas. Tidak dinafikan liputan capaian telekomunkasi di Tasik Kenyir buat masa ini masih lemah dan tiga menara telekomunikasi yang sedia ada ini belum cukup untuk tingkatkan jaringan telekomunikasi dan internet di kawasan tasik seluas kira-kira 38,000 hektar.

Dengan penambahan dua menara baru ini akan mengambil sedikit masa kerana berapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu termasuk tapak yang sesuai kerana melibatkan hutan simpan, selain kos. Sementara itu, sebanyak 66 menara telekomunikasi baharu dijangka beroperasi di Terengganu menjelang tahun hadapan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara(Jendela). Dua syarikat telah dilantik kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi Mulitimedia Malaysia(MCMC) dengan kerjasama kerajaan negeri iaitu Theta Telecoms Sdn. Bhd. serta Felda FGV Prodata

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …