KERAJAAN CADANG TERUSKAN PEMBERIAN BANTUAN JEMAAH HAJI

 

KOTA BHARU – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, Kerajaan masih dan sedang bercadang untuk meneruskan pemberian bantuan kepada Jemaah haji, walaupun keadaan semasa masih lagi berdepan dengan kos pengurusan yang agak tinggi.
Katanya, kenaikan kos pengurusan tersebut termasuklah kos sewa penempatan, tambang penerbangan dan juga kenaikan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang telah dikenakan Kerajaan Arab Saudi yang sudahpun melebihi 15 peratus.
“Perkara ini menjadi keutamaan kerajaan, biarpun masih awal untuk diputuskan khususnya bagi membantu mereka untuk mengerjakan haji, termasuklah ditawarkan dengan bayaran yang penuh,
Selain itu, bantuan yang diberikan ini juga berbeza mengikut peringkat, serta kumpulan, tetapi mana-mana jemaah haji yang ingin dibayar penuh, ia adalah sangat dialu-alukan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Hari Sayyidatina Khadijah Parlimen Pengkalan Chepa, semalam.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut