TM ANJUR DIGITAL HUNT DISCOVER TUMPAT

 

TUMPAT – Laman Warisan Kampung Laut menjadi persinggahan pertama pencarian harta kembara selain aktiviti mewarna wau batik bermotif Jalur Gemilang berserta wayang kulit dalam Program Telekom Malaysia (TM) Digital Hunt – Discover Tumpat.
Program bertemakan pelancongan, kebudayaan dan warisan yang terdapat di Tumpat itu menjadi platform penyerapan elemen pendigitalan dalam segala aktiviti kembara dan kehidupan seharian.
Program anjuran TM dengan kerjasama Perbadanan Muzium Terengganu tersebut mendapat 216 penyertaan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pelepasan ‘flag off’ bermula di Pantai Ndo dan berakhir di Pantai Sri Tujuh menetapkan setiap kumpulan peserta mesti menjawab 19 soalan harta dan kembara termasuk soalan kuiz dan ‘tasking’.
Kemuncak acara dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah selepas majlis perasmian penutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Negeri, YB Wan Roslan Wan Hamat, di Pantai Sri Tujuh, semalam.
Johan meraih wang tunai RM2000, manakala naib johan merangkul RM1500 dan tempat ketiga RM1000.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …