PERANAN NGO UNTUK MENGGERAKKAN KOMUNITI PERLU DIPERTINGKAT

Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) bukanlah perkara atau konsep baharu yang ingin diperkenalkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Konsep ini telah dilaksanakan di negara ini sejak ancaman komunis lagi apabila komuniti memainkan peranan bersama-sama dengan agensi keselamatan negara dalam usaha menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Bahkan, konsep ini juga diguna pakai di banyak negara luar yang lain.

Hari ini, MKN Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kedah menganjurkan Program Community Based Security Management (CBSM): Tiwikrama Komuniti yang mengumpulkan seramai hampir 60 peserta yang mewakili 16 pertubuhan yang berdaftar di negeri Kedah.

Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid dalam program tersebut berkata peranan NGO sebagai sektor ketiga negara dalam menggerakkan komuniti dianggap penting dan boleh membantu usaha kerajaan mendepani pelbagai ancaman keselamatan.

Tambah beliau lagi, lanskap keselamatan kini kian mencabar ditambah dengan pemesatan perkembangan teknologi maklumat. Ancaman kini boleh dibahagikan kepada dua iaitu tradisional dan non-tradisional antaranya keselamatan alam sekitar, keselamatan makanan dan juga keselamatan siber.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kedah, Puan Mardiana Omar.

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut