IPOH, 26 SEPTEMBER 2022 – Majlis yang julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak berhubung Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 (DKN 2021-2025) telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Majlis yang turut dihadiri oleh YB Datuk Mohd Zahir bin Khalid, Yang Dipertua Dewan Negeri, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YBrs Tuan Zamri bin Misman, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) Majlis Keselamatan Negara, YBrs Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan),Ketua-ketua jabatan/agensi negeri dan persekutuan serta dif-dif jemputan.
Selain itu, majlis juga turut diserikan dengan Executive Talk daripada YBrs Tuan Khairil Hilmi bin Mokhtar, Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Majlis Keselamatan Negara. Persembahan gimik perasmian telah dilaksanakan oleh Pasukan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, Bidor.
‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ yang menjadi tunjang kepada DKN 2021-2025 diharap dapat dihayati dan diterjemah dengan kolaborasi daripada semua pihak.













