BOT TUNDA TANPA DOKUMEN DITAHAN APMM LABUAN

Tujuh kru termasuk sebuah bot tunda tanpa dokumen ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan.
Pengarahnya, Kepten Nudin Jusoh berkata, bot tersebut dikesan semasa pihaknya melakukan rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Kuda Laut berhampiran Pulau Burung, awal pagi semalam.
Ketika pemeriksaan dilakukan, kepten kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan seperti tiada nama master di belakang Buku Certificate of Malaysia Registry, selain tidak mematuhi keanggotaan seperti dalam syarat lesen (Domestic Shipping License).
Kepten dan kru kapal merupakan warganegara Indonesia berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun.
Kesemua kru dan bot tunda terbabit dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MS0) 1952 kerana gagal mengemukakan dan mematuhi sebarang dokumen.
SUMBER :FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut