KARNIVAL SUKAN MKN ZON BORNEO MKN DI KUCHING, SARAWAK

Kuching Sarawak : 1 hingga 4 September 2022- yang lalu MKN Sarawak telah menjadi tuan rumah Karnival sukan MKN Zon Borneo yang telah dilaksanakan di kompleks sukan UNIMAS Kuching, Sarawak. Pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan antaranya Badminton, Bola Tampar, Ping Pong, Boling, Dat, Carrom dan sukan online yang juga turut dipertandingkan bagi memilih pemain yang akan mewakili Zon Borneo ke peringkat seterusnya.

Aktiviti sukan yang diadakan ini bukan sekadar riadah kosong, namun pertandingan sukan seperti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan di kalangan peserta. Di samping menyihatkan tubuh badan di kalangan kakitangan yang kebanyakannya bekerja di pejabat, sukan juga dapat menerapkan disiplin dan integriti yang tinggi di kalangan pegawai kerajaan.

Selain itu, sukan juga menjadi wadah perpaduan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama. Dengan bersukan kita juga dapat menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.

Kontijen MKN Sabah juga amat bertuah kerana dapat mendalami budaya dan merasa makanan sedap di Sarawak seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Kek Lapis. Pertukaran buah fikiran dan idea strategik juga dapat dimantapkan melalui aktiviti silang budaya seperti ini.

#Majulahsukanuntuknegara

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …