LAWATAN KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA KE MKN NEGERI SABAH MELALUI PROGRAM INSPRISASI KEJAYAAN HEBAT LONJAKAN ASPRISASI STRATEGIK (IKHLAS 15.0)

Kota Kinabalu Sabah 9 September 2022- yang lalu YBhg Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Haji Rodzi bin Md Saad telah menyempurnakan lawatan beliau ke MKN Sabah menerusi Program Inspirasi Kejayaan Hebat Lonjakan Aspirasi Strategik (IKHLAS 15.0). Jelajah KPKN melalui Program IKHLAS ini adalah untuk merapatkan hubungan antara institusi KPKN bersama warga MKN Negeri seluruh Malaysia.

Legasi KP MKN tersemat kemas di MKN Sabah kerana beliau pernah menerajui MKN Sabah pada tahun 2011 sehingga 2018. Sudah tentulah negeri bawah bayu amat dekat di hati beliau.

Amanat Datuk Rodzi hari ini amat bermakna kepada warga MKN Sabah kerana berkisarkan ke arah menjadi organisasi yang berkesan. Organisasi yang penuh wibawa amat mustahak agar dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkaliber kepada pemegang taruh. Budaya kerja yang sihat dibentuk daripada sifat saling percaya antara rakan sekerja dan bersangka baik sesama warga kerja dari peringkat pengurusan tertinggi sehingga pelaksana. Sifat integriti dan disiplin tinggi juga menjadi acuan kepada pengurusan jabatan kerajaan yang kredibel.

YBhg Datuk juga berkongsi pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan keselamatan selama 27 tahun. Ini temasuklah pengurusan bencana, mengkoordinasi pelaksanaan dasar dasar berkaitan keselamatan Negara, pengurusan sempadan darat maritim dan udara serta mempertahankan kedaulatan Negara dan kepentingan strategik. Fungsi yang meletakkan MKN di persada adalah kejayaan mengurus penularan wabak COVID19.

Di penghujung program, Datuk KP telah bertukar tukar pandangan bersama warga MKN berkaitan agenda jabatan, dengan mengutamakan kebajikan semua warga.

Program ini diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai warga MKN Sabah bersama KP mendendangkan Lagu Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama hasil nukilan Datuk Rodzi sendiri.

KP MKN
Majlis Keselamatan Negara

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) BIL. 2/2022 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan) Pada 5 Oktober 2022 …
Maklumat Lanjut

KIRA-KIRA 300,000 RAKYAT MALAYSIA MENGALAMI DEMENSIA

Jumlah ini dijangka meningkat kerana 1 dalam setiap 5 rakyat Malaysia berusia lebih 65 tahun, dan kita dijangka menjadi negara …
Maklumat Lanjut

HEBAHAN IOW JAPEN WPKL DI PARLIMEN BUKIT BINTANG

KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2022 – JAPEN WPKL telah melaksanakan program #InfoOnWheels (IOW) sekitar Parlimen P.120 Bukit Bintang. Kawasan yang terlibat …
Maklumat Lanjut