KARNIVAL UDA BERI PELUANG USAHAWAN KECIL KEMBANGKAN POTENSI PERNIAGAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

UDA Holdings Berhad (UDA) sentiasa komited memberikan bantuan kepada usahawan di seluruh negara dengan mempelbagaikan aktiviti keusahawanan bagi meningkatkan potensi ekonomi perniagaan mereka.

Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata pihaknya mengambil inisiatif berkolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menganjurkan Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia untuk membantu mengembangkan potensi keluarga usahawan, di samping meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. Menariknya, karnival UDA ini berlangsung selama tiga (3) bulan sehingga Oktober depan di lima lokasi terpilih di seluruh negara. Di Pulau Pinang, karnival tersebut telah berlangsung  di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Oleh itu, beliau berharap agar inisiatif yang dilaksanakan dapat menarik minat dan menggalakkan penyertaan golongan wanita, belia serta graduan dalam bidang keusahawanan bagi merapatkan jurang ekonomi Keluarga Malaysia.

Sumber rujukan : Harian Metro dan Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …