MINUMAN KERAS DIRAMPAS, BOT GENTIAN KACA DISITA APMM LABUAN

Hampir 2,000 tin minuman keras dirampas manakala sebuah bot gentian kaca disita dipercayai ingin dibawa keluar tanpa cukai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurut kenyataan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Zon Maritim Labuan Kepten Nudin Jusoh ketika Bot Pronda sedang melakukan rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Kuda Laut pada 1.00 pagi mendapati sebuat bot bergerak dari Labuan menuju ke tanah besar Sabah dalam keadaan mencurigakan.
Ketika ingin diperiksa, bot berkenaan terus memecut laju menuju ke kawasan paya bakau di persisiran Mempakul Sabah.
Hasil pencarian di kawasan berkenaan, menemui bot berkenaan namun tekong bot tersebut berjaya meloloskan diri.
Beliau berkata bot dan muatan berkenaan disita dan dibawa ke jeti serta diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
Jelas beliau lagi, usaha-usaha mengesan pelaku yang memboloskan diri akan dilaksanakan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 427 999.
Tambah beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang salahlaku jenayah di laut.
SUMBER : FACEBOOK BESLABUAN

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …