NEGERI SEMBILAN JALIN KERJASAMA DENGAN SELANGOR, PULAU PINANG HADAPI BANJIR

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku dalam masa terdekat dengan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pihaknya telah berbincang dengan Selangor dan Pulau Pinang bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku dan usaha meminimumkan risiko banjir.

“Antara perkara yang telah diputuskan ialah menggantikan lokasi pusat pemindahan yang tidak sesuai kepada yang lebih sesuai dan selamat.

“Kita (Negeri Sembilan) juga akan bantu-membantu menghadapi bencana banjir secara bersama termasuk penyediaan keanggotaan sukarelawan serta aspek kebajikan mangsa banjir,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Aminuddin berkata, rentetan peristiwa banjir besar yang berlaku pada akhir tahun lalu, memberi pengalaman berguna buat agensi dan jabatan berkaitan untuk membuat persiapan lebih rapi.

Beliau berkata, JPS negeri diminta mengambil tindakan lebih daripada kebiasaan bagi menangani bencana banjir.

“Saya sudah minta JPS untuk lebih proaktif memantau keadaan sungai walaupun sungai itu bukan ‘hotspot’ banjir termasuk memastikan aliran air sungai dalam keadaan baik.

“Tiada pokok yang tumbang atau pelepah pokok kelapa sawit yang halang aliran sungai,” katanya.

Beliau berharap, semua pihak untuk sentiasa bersedia dengan perancangan terbaik bagi menghadapi kesan akibat perubahan iklim agar kerosakan akibat bencana alam dapat diminimumkan.

“Perubahan iklim cabaran besar buat jabatan yang bertanggungjawab menguruskan alam sekitar seperti JPS ini.

“Akhir tahun lalu, kita dapat saksikan kawasan yang jarang dilanda banjir juga boleh digenangi air berikutan hujan yang terlampau lebat.

“Saya berharap semua agensi berkaitan di negeri ini untuk sama-sama bersedia dari segala aspek dalam memastikan kesan banjir dapat diminimumkan dan tidak seteruk seperti yang berlaku pada Disember tahun lalu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut