16 NELAYAN MYANMAR DITAHAN KERANA MENCEROBOH PERAIRAN TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 20 SEPTEMBER 2022


Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah berjaya menahan 18 nelayan yang berpengkalan di Pahang kerana melanggar syarat lesen apabila menceroboh Pantai Merchang bagi melakukan aktiviti penangkapan hasil laut. Daripada jumlah itu, seramai 16 daripada nelayan berkenaan merupakan warga Myanmar yang didapati tiada permit dan dua daripadanya merupakan warga tempatan. Kesemua nelayan yang ditahan itu akan diambil tindakan lanjut melalui siasatan mengikut undang-undang terhadap empat vesel zon C pukat tunda.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah bertindak atas aduan yang diterima daripada nelayan berkait isu pencerobohan ini  kemudiann kita mengadakan tindakan penguatkuasaan melalui cawangan konservasi dan perlindungan perikanan  hasil daripada penguatkuasaan yang telah dilakukan pada jam 12 malam tadi.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganutelah menyita sebanyak lapan tan hasil laut yang bernilai kira-kira RM40,000 dan jenis kesalahan didakwa (disiasat) mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika. Kedua, mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 bersalah kerana menangkap ikan kurang dari dari 12 batu nautika dari perairan negeri lain serta dibawah seksyen yang sama kerana melakukan kesalah menggunakan kru asing tanpa kebenaran ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Menurut Jabatan Perikanan Negeri Terengganu lagi, antara lain kesalahan dilakukan nelayan terbabit ialah turut melanggar akta perikanan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Kawasan Larangan) (Rantau Abang 1991). Kesemua mereka ini ditahan di perairan Rantau Abang kira-kira enam hingga lapan batu nautika daripada pantai dan ini merupakan kes yang ke-38 yang telah melanggar Akta Perikanan 1985 yang dikendalikan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia Terengganu.

Sumber foto : UPDI (Syaiful Mustafa)

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …