APM TERENGGANU AKAN BERSIAPSIAGA DI 30 KAWASAN BERISIKO BANJIR.


KUALA TERENGGANU, 20 SEPTEMBER 2022


Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, siap sedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula dari November ini hingga awal Mac 2023. Pihak APM akan bersiap sedia di 30 kawasan yang dikenal pasti berisiko dinaiki air di seluruh Terengganu.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin berkata, kebanyakan kawasan yang dikenal pasti adalah kawasan rendah dan pinggiran sungai.

Kawasan berkenaan melibatkan tiga di daerah Kemaman, empat di Dungun, lima di Setiu, empat di Marang serta tujuh masing-masing di daerah Besut dan Hulu Terengganu. Antara kawasan yang sering dinaiki air adalah Air Puteh, Seberang Tayor dan Bukit Mentok di Daerah Kemaman; Pasir Raja dan Kuala Jengal di Dungun; Kampung Seladang di Setiu dan Kampung Lubok Periuk di Hulu Terengganu.

APM akan mengerahkan segala aset yang ada bagi memastikan bantuan kepada mangsa banjir dapat disalurkan dengan cepat.

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …