PROGRAM GOTONG ROYONG PENANAMAN POKOK SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2022

Program Gotong Royong Penanaman Pokok Semarak Bulan Kebangsaan telah dilaksanakan pada 11 September 2022 bertempat di Taman Rekreasi Air Panas yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk TPr Sulaiman Bin Mohamed, Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Program ini merupakan salah satu program DBKL bagi menggelorakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan selari dengan komitmen DBKL untuk menanam 1.5 juta pokok di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam tempoh 5 tahun.

Didalam majlis tersebut Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL telah menanam pokok yang ke 200,000 sepanjang program ini diadakan yang telah bermula sejak tahun lepas.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan DBKL dan juga kakitangan DBKL daripada pelbagai jabatan yang turut bersama-sama menanam pokok di sekitar kawasan tersebut.

YBhg. Dato’ LAr Ismail bin Ngah, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur turut meluangkan masa menghadiri program tersebut.

Antara pokok yang ditanam pada hari ini adalah terdiri daripada pokok teduhan daripada spesis Cratoxylum maingayi (Pink Mempat), Diospyros buxifolia (Bucida Tikus) dan Podocarpus macrophyllus manakala spesis hiasan seperti Duranta erecta ‘gold’ (Golden Dew Drop), Jathropha integerima (Shanghai Beauty), Leucophyllum frutescens (Ash Plant) Loropetalum chinensis var. Rubrum (Chinese Fringe Flower) dan Ixora Super Orange (Jejarum).

Program seperti ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa di kawasan yang lain.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …