PERSIDANGAN KE-16 SOSEK MALINDO 2022

Persidangan/Mesyuarat Ke-16 Sekretariat Bersama (SEKBER) Jawatankuasa Kerja/Kelompok Kerja Pembangunan Sosio Ekonomi Malaysia-Indonesia (JKK/KK SOSEK MALINDO) telah di diadakan pada 13 hingga 15 September 2022 Hotel Melia Kuala Lumpur.

Memasuki tahun ke-38 penganjuran, ianya merupakan platform penting kepada Malaysia dan Indonesia dalam memacu pembangunan sosio ekonomi secara inklusif bagi masyarakat di sempadan kedua-dua negara. Ia juga membincangkan isu-isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Kemuncak Persidangan/Mesyuarat diikuti dengan menandatangani Minit/Risalah Mesyuarat diantara Ketua Sekretariat JKK SOSEK Pusat Malaysia dan juga Dr. Drs. Thomas Umbu Pati T.B., M.Si yang merupakan Direktur Kawasan, Perkotaan, dan Batas Negara Ditjen Bina Administrasi Kewilayahan selaku Ketua Sekber KK SOSEK Indonesia.

Sesuai dengan peredaran masa, jalinan hubungan diplomatik antara kedua negara terus dipupuk dan dikembangkan agar berlanjutan kepada generasi-generasi yang akan datang.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …