DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Kesihatan)
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun. Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
- Demam panas
- Sakit kepala
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit biji mata
- Ruam
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
- Mudah lebam
- Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
- Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Pada ketika ini, masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Di Pulau Pinang, COMBI (Communication for Behavioural Impact) Negeri Pulau Pinang telah diwujudkan sebagai medium penyampai kepada masyarakat awam akan bahaya Denggi. Terbaru pada 18 September 2022 (Ahad) satu (1) program Tayangan Video dan kempen “Say NO to Aedes” anjura COMBI Seberang Perai Tengah telah dilaksanakan di Autocity Juru. Program sebegini dijangka mampu menarik perhatian dan memberikan ilmu pengetahuan kepada orang awam untuk mencegah demam denggi.
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi iaitu:
- Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
- Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
2. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
Sumber rujukan: