FAHAMI LABEL MAKANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

Kepada pengusaha makanan, jika anda hendak melabelkan produk makanan anda, pastikan anda tahu juga peraturan-peraturannya. Jangan kita membuat atau melekatkan label yang salah dan melanggar peraturan.

Ada beberapa syarat yang perlu diikuti oleh pengusaha makanan seperti “Bahasa” yang digunakan. Sehubungan itu, dIkongsikan menerusi Laman Facebook Rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan bahasa yang boleh digunakan pada label makanan.

a. Semua maklumat yang perlu ada pada label, hendaklah dinyatakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris berdasarkan kepada keperluan berikut:

  1. Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia, hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain.
  2. Bagi produk makanan yang diimport, hendaklah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain.
  3. Bagi makanan bertujuan khas dan hasilan susu di bawah Peraturan 84, 90, 91, 94, 95, 97, 98 dan 99 sama ada yang diimport atau dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain.
  4. Terjemahan ke dalam mana-mana bahasa lain mestilah memberi maksud yang sama dengan maklumat yang asal.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …