PESTA TANGLUNG MERIAHKAN SUNGAI MELAKA

 

BANDARAYA MELAKA – Kerjasama antara Melaka River Cruise (MRC) dan pusat beli-belah The Shore memeriahkan lagi Sambutan Pesta Tanglung kali ini.

Pengarah Bahagian Korporat dan Pembangunan Perniagaan, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Salman Salim berkata, kerjasama itu dijalinkan menerusi Program The Shore Lantern Cruise.

Katanya, hasil penjualan tiket bot MRC bagi penganjuran itu akan disalurkan kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Melaka.

“Kami gembira kerana dapat meluangkan masa bersama pengunjung pusat beli-belah The Shore pada program ini.

“Program seumpama ini akan diangkat sebagai acara tahunan PPSPM, kerana pesta tanglung ini jatuh pada musim cuti sekolah.

“Diharapkan program seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan kaum memandangkan Hari Malaysia bakal disambut kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada Program The Shore Lantern Cruise di pusat beli-belah The Shore, di sini.

WhatsApp Image 2022-09-09 at 10.14.15 PM
SALMAN (tiga kanan) dan Paulin (dua kiri) bersama wakil GBBM bergambar bersama tanglung sebelum menaiki Bot Melaka River Cruise dalam Program The Shore Lantern Cruise

Sementara itu Pengurus The Shore, Paulin Lim berkata program itu diadakan bersempena Pesta Tanglung yang disambut 10 September lalu.

Menurutnya, pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung seperti pertandingan membuat tanglung alam sekitar dan pertandingan melukis bagi kanak-kanak.

“Hadiah wang tunai berjumlah RM1,300 sijil dan piala akan diberikan kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

FASA PERALIHAN MONSUN

FASA PERALIHAN MONSUN Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, hal ini susulan permulaan fasa peralihan monsun …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan …
Maklumat Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut