TINTA BICARA HARI MALAYSIA: KENALI NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

 

Latar Belakang Negeri

Sejarah Pulau Pinang bermula dalam tahun 1786, apabila Captain Francis Light, wakil Syarikat Hindia Timur membuat perjanjian dengan Sultan Kedah bagi memperolehi Pulau Pinang. Sebagai balasan, syarikat berkenaan telah berjanji untuk memberi perlindungan keselamatan kepada Kedah dari jiran-jirannya yang kuat. Sehingga tahun 1800, Light juga berjaya mendapatkan kawasan tanah di seberang pulau yang dikenali sebagai Province Wellesley (mengikut nama Gabenor India) dan nama tempat ini kemudiannya telah ditukarkan kepada Seberang Perai.

Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai ‘Pulau Ka Satu’. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada ‘Pulau Pinang’. Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis. Malah, sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada Bandar Georgetown.

Sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diterajui oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Negeri ini mempunyai lima daerah iaitu daerah timur laut dan barat daya dengan keluasan 301.26 km persegi merangkumi keseluruhan kawasan pulau, manakala daerah seberang perai tengah, seberang perai selatan dan seberang perai utara dengan keluasan 747.8 km persegi merangkumi keseluruhan kawasan Seberang Perai.

 

Bendera Negeri 

Warna biru muda pada bendera negeri Pulau Pinang bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai, manakala warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. 

 

Jata Negeri

Jata negeri Pulau Pinang memperlihatkan pohon pinang sebagai tanda asal nama pulau. Petak yang berwarna kuning menempatkan gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kabel pula menggambarkan empat jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

 

Lirik Lagu Negeri

‘Untuk Negeri Kita’

Selamat Tuhan Kurniakan

Selamat Pulau Pinang

Negeriku yang mulia

Kutaat dan setia

Aman dan bahagia

Majulah jayalah

Negeriku yang kucinta

Bersatu dan Bersama

Untuk negeri kita

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut