PERSIDANGAN KETUA-KETUA PERWAKILAN DIPLOMATIK MALAYSIA KE-9 (HOMC9)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Antarabangsa)

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke-9 (HOMC9) Secara Maya pada 6 September 2022 di Wisma Putra. Dengan tema, “Mengemudi Hubungan Luar Pasca Pandemik”, HOMC9 ini melibatkan Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi, Wakil Tetap, Konsul-Jeneral, Presiden Pusat Perdagangan dan Persahabatan, serta Kuasa Usaha Sementara dari 107 Pejabat Perwakilan-Perwakilan Diplomatik Malaysia di seluruh dunia.

Persidangan ini merupakan satu wadah kepada Ketua-Ketua Perwakilan untuk berinteraksi dengan YAB Perdana Menteri serta jemputan-jemputan khas berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa yang mendesak dan berkepentingan kepada Malaysia terutamanya di negara tuan rumah masing-masing. Persidangan ini juga akan memberi peluang kepada pucuk pimpinan Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan amanat dan aspirasi Kerajaan semasa kepada Ketua-Ketua Perwakilan dalam menjalankan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kepentingan Malaysia di persada antarabangsa.

 

Sumber: Wisma Putra

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …