TINTA BICARA HARI MALAYSIA: KENALI NEGERI JOHOR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

 

Latar Belakang Negeri

Johor merupakan negeri ketiga terbesar di Malaysia terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadan darat dengan negeri Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Sempadan maritim Johor merupakan sempadan Malaysia dengan Singapura di selatan dan Indonesia di kedua-dua barat dan timur. Johor mempunyai keluasan 19,210 km persegi dan terbahagi kepada 10 daerah iaitu Johor Bahru (ibu negeri), Tangkak, Pontian, Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai, Batu Pahat dan Muar. Pemerintahan Johor diterajui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim.

 

Jata Negeri

Jata negeri Johor mengandungi mahkota sebagai tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih jata menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, manakala bintang dan anak bulan di tengah melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negeri. Dua ekor harimau pula melambangkan keberanian dan kekuatan. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai merupakan gambir dan lada hitam, iaitu dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Frasa ‘Kepada Allah Berserah’ dalam tulisan Jawi merupakan cogan kata negeri.

 

Bendera Negeri

Johor mempunyai 24 bendera yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama merupakan bendera berkaitan raja dan terdiri dari sebelas bendera iaitu Bendera Sultan Johor, Bendera Permaisuri Johor, Bendera Tunku Mahkota, Bendera Tunku Bendahara, Bendera Tunku Temenggong, Bendera Tunku Laksamana, Bendera Tunku Panglima, Bendera Tunku Putera, Bendera Kerabat Diraja, Bendera Istiadat Kerajaan dan Bendera Pengiring Raja.

Kumpulan kedua dan ketiga terdiri dari bendera berkaitan negeri dan pegawai kerajaan, iaitu Bendera negeri Johor, Bendera Pemangku Raja, Bendera Menteri Besar, Bendera Pemerintah Askar Johor, Bendera Pesuruhjaya Kerajaan bagi Muar, Bendera Pesuruhjaya Kerajaan bagi Batu Pahat, Bendera Pesuruhjaya Kerajaan bagi Segamat, Bendera Perniagaan, Bendera Askar, Bendera Polis, Bendera Jabatan Laut, Bendera Tetunggal Jabatan Laut dan Bendera Tetunggal Kapal Kerajaan.

Bendera negeri Johor mempunyai tiga warna. Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang berdaulat. Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri Johor. Bahagian berwarna merah melambangkan keberanian dan ketabahan bangsa Johor yang bersama-sama memajukan Johor dan bahagian berwarna biru tua melambangkan kerajaan dan rakyat negeri Johor.

 

Lirik Lagu Negeri

‘Lagu Bangsa Johor’

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia
Segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini
Berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut