MUFTI PULAU PINANG SYOR WUJUDKAN GARIS PANDUAN BERKAITAN KEBUDAYAAN BARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ideologi baharu)

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pihak berkuasa mengawal dan mengadakan garis panduan tertentu bagi aktiviti kebudayaan serta kesenian yang diadakan di negara ini supaya tidak menyimpang daripada ajaran agama, nilai murni dan budaya ketimuran.

“Golongan yang tersilau dengan kegemerlapan tamadun Barat sering cuba menampilkan budaya asing untuk disogok kepada rakyat negara ini terutama generasi baharu sebagai sasaran utamanya.

Beliau menyatakan bahawa dengan mengundang artis Barat terutama yang diketahui pendiriannya yang menyokong budaya songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) merupakan satu dorongan dan rangsangan yang kuat kepada penyelewengan akhlak khususnya dalam kalangan anak-anak muda. Seterusnya situasi ini juga akan mengheret mereka ke arah melakukan jenayah, keganasan dan penagihan dadah.

Wan Salim berkata, amat dikesali ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-65, masih ada kalangan yang terus berusaha menghakis jati diri rakyat Malaysia yang bersendikan ajaran agama, nilai akhlak dan tradisi ketimuran.

Sumber rujukan:

Bernama dan Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …