PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI: PEMBENTUKAN MINDA KESELAMATAN

Program Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti diteruskan lagi dengan kali ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah berpeluang bersuai kenal dengan penduduk di KEDA Asam Jawa, Pendang, Kedah.

Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat hadir menyertai program dianjurkan oleh MKN Kedah dengan kerjasama Pejabat Penerangan daerah Pendang pada 29 Ogos yang lepas.

Peserta telah didedahkan dengan isu-isu semasa yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Pendang, Tuan Haslisyahudin Hassan dan seterusnya mendengar perkongsian maklumat berkenaan ancaman keselamatan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Keselamatan Daerah MKN, Encik Mior Ahmad Shah Mior Shahidin.

Encik Mior dalam sesi tersebut telah menjelaskan kepada peserta tentang ancaman-ancaman keselamatan yang mungkin dihadapi di peringkat komuniti seperti jenayah kecil dan sosial. Selain itu, peringatan berkenaan ancaman keselamatan siber turut dijelaskan untuk mengelak masyarakat daripada terus menjadi mangsa penipuan siber yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Tuan Mohd Zawawi Zakaria, Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Kampung KEDA Asam Jawa, Encik Adnan Abdullah, dan Pengerusi 4P Kampung KEDA Asam Jawa, Encik Talib Kassim.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …