TINTA BICARA HARI MALAYSIA: SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT KENEGARAAN)

Persekutuan Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), menjadikan jumlah keseluruhan bendera rasmi yang terdapat di Malaysia ialah sebanyak 14 jenis (bilangan ini tidak termasuk bendera Jalur Gemilang). Susunan keutamaan bendera di Malaysia bermula dengan bendera Jalur Gemilang diikuti dengan bendera negeri-negeri yang ditentukan susunannya mengikut kekananan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri seperti termaktub dalam perkara 70 Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

Perkara 70. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri.

  1. Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain.
  2. Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda.

Selepas bendera negeri-negeri dan bendera Wilayah Persekutuan, keutamaan susunan bendera akan disusuli dengan bendera-bendera lain. Secara ringkasnya, keutamaan susunan bendera-bendera adalah seperti berikut:

  1. Bendera Jalur Gemilang
  2. Bendera Negeri-Negeri mengikut senarai keutamaan
  3. Bendera Wilayah Persekutuan
  4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
  5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan
  6. Bendera Syarikat

Susunan bendera negeri-negeri bermula 1 Mei 2021 mengikut senarai keutamaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Istiadat dan Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri ialah:

  1. Terengganu
  2. Perlis
  3. Selangor
  4. Negeri Sembilan
  5. Johor
  6. Kelantan
  7. Perak
  8. Kedah
  9. Pahang
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Melaka
  13. Pulau Pinang

Susunan keutamaan bendera ini akan berubah sekiranya berlaku apa-apa pertukaran dalam susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri disebabkan adanya perlantikan baharu.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut