BAHAYA FITNAH: PENGAJARAN DARI SEJARAH LAMPAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Lipatan sejarah telah memberikan banyak pengajaran kepada masyarakat akan bahaya fitnah. Antaranya ialah ia menjadi punca kematian Saidina Uthman bin Affan RA dan seterusnya membawa kepada beberapa siri peperangan sesama umat Islam pada zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib RA. Al-Quran turut merakamkan Nabi Yusuf AS pernah menjadi mangsa fitnah. Kisah ini dituliskan dalam Al-Quran secara spesifik di dalam Surah Al-Yusuf ayat 23-29 yang menceritakan Nabi Yusuf AS cuba digoda oleh isteri kepada pembesar Mesir, Zulaikha untuk melakukan perbuatan yang dilarang kerana wanita itu terpukau dengan keindahan rupa paras Baginda. Bagaimanapun, kebenaran akhirnya terungkai dengan muncul seorang individu yang memberikan logik dengan keadaan baju Nabi Yusuf AS yang terkoyak di bahagian belakang yang menunjukkan Baginda tidak bersalah.

Sejarah lain turut merakamkan peristiwa fitnah hadis al-Ifki (berita bohong) terhadap Saidatina Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW. Dalam peristiwa yang diada-adakan oleh kaum munafik, Saidatina Aishah RA telah dituduh melakukan perkara yang tidak bermoral dengan Safwan bin Muโ€˜attal. Berikutan peristiwa tersebut, Saidatina Aishah RA sendiri sebagai mangsa fitnah dan Baginda Rasulullah SAW sebagai suami telah menanggung aib dan malu. Kesan fitnah tersebut telah menyebabkan Baginda SAW tidak banyak bercakap dan terpaksa mengurungkan diri daripada masyarakat awam. Keadaan kembali pulih dengan turunnya wahyu Allah SWT yang bermaksud:

โ€œSesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat) [11]. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: ini ialah tuduhan dusta yang nyata [12]. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangksan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta [13]โ€- Surah Al-Nur:11-13.

Selain itu, terdapat penceritaan mengenai sejarah kejatuhan pemerintahan Kesultanan Melayu satu ketika dahulu disebabkan perbuatan fitnah menfitnah. Dalam artikel Jurnal Tuah bertajuk Keruntuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun yang diterbitkan pada tahun 2020, Abd Aziz Aโ€™zmi dan Farrah Wahida Mustafar menyatakan beberapa peristiwa fitnah menfitnah yang berlaku di zaman pemerintahan Sultan Mahmud telah membawa kepada perpecahan, perasaan tidak puas hati dan dengki malah mengakibatkan pembunuhan seterusnya menjadi antara penyumbang utama kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis.

Penceritaan lain boleh dilihat pada sejarah pemerintahan zaman Khilafah Islamiah yang berakhir di Turki. Sumber lembaran sejarah ada menyebut tentang dakwaan bahawa media Barat telah menabur fitnah menyebarkan propaganda mengenai Kerajaan Khilafah Uthmaniyah telah melakukan genosid membunuh penduduk Kristian Armenia secara besar-besaran. Dakwaan ini telah disanggah oleh Kerajaan Turkiye yang dipimpin oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu artikel Sinar Harian pada 28 Julai 2022 bertajuk Erdogan Tuntut Biden Betulkan Kesilapan. Menurut artikel tersebut, Kerajaan Khilafah Uthmaniyah tidak mempunyai niat untuk melakukan pembunuhan kaum, malah tidak ada sebarang dasar rasmi untuk untuk menghapuskan penduduk Armenia. Kerajaan Turkiye menjelaskan kumpulan-kumpulan bersenjata Armenia telah menjadi ancaman keselamatan pada ketika itu kerana mereka berpakat secara sulit dengan Empayar Rusia bagi membolehkan wilayah timur kerajaan Uthmaniyah diceroboh.

Justeru itu, jika diteliti dan diambil pengajaran dari sejarah lampau, perbuatan fitnah menfitnah dalam masyarakat perlu dibendung dari terus membarah kerana ia boleh menimbulkan perpecahan, perbalahan dan kemusnahan harta serta kehilangan jiwa malah boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah Kerajaan.

Artikel/Berita Terkini

MOT DAPATKAN PANDANGAN PDRM, MKN, TINGKAT KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG

MOT DAPATKAN PANDANGAN PDRM, MKN, TINGKAT KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini termasuk cadangan agar pihak lapangan …
Maklumat Lanjut

DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa …
Maklumat Lanjut

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ง

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut